RSS

Recipes to increase your EBM

Teringat zaman tengah giat menyusu Zafreen. Macam mana susahnya nak make sure susu badan tu still ada. Ye la ..nama pun nak full breastfeed kan.. Kadang2 pelik rasa, orang yang teringin la kadang2 kena dugaan susu yang amattttttt la sedikit. Mungkin itu la kut mcm P. Ramlee selalu cakap.. DUGAANNNN... Mende yang berharga memang la susah nak dapat. Jadi, pada ibu-ibu yang dah dikurniakan susu badan yang melimpah ruah, janganla sia-siakan.. Tu rezeki anak ibu-ibu tau. Sayang ...rezeki tu dibuang macam tuh ja.

K. today rasanya nak share my personal journey nak increase my EBM. Probably anyone could try. Result may vary depends on luck. hehe..

1) Minum air suam. - Ummi Zafreen rasa ini memang banyak membantu. Sebelum dan selepas perah wajib minum. Memang byk gak hasilnya...

2) Perah susu sebelah, baby hisap sebelah - Mende ni dapat info dari nurse yang baik hati mengajarkan Ummi Zafreen masa pantang hari tu. Sebabnya, hisapan direct bayi akan stimulate minda untuk menghasilkan susu seperti di demandkan. Ye la... kira kita tipu la minda bawah sedar kita konon mesin tu sebenarnya 'baby'.

3) Minum longan kering - Ni petua yang kawan satu sekolah nama Hasma bagi tips... Ada la penambahan sikit tapi tak de la pai melimpah ruah. Tapi bila cuba campur kan dengan kurma merah, boleh la dibanggakan. yang penting, resipi ni paling Ummi Zafreen suka sebab longan tu sedap woooo.. abih air, makan je la buah tu. Kurma tu je yang tak lalu nak telan.

4) Minum Milkmaid Tea - Ni Ummi Zafreen dapat info through oversea website. Siap ber'email' ngan owner tea tu.. Last dia inform where to get the tea supply. FABULOUS MOM!!!! Tanpa lengah pergi jengah ofis FM tu, memg syok. Rasa tak nak balik... nak cuba and ask as many questions. Kelebihan tea ni, memang ada gak nampak perubahan tapi mak aiiiii .. bau nye merangkap rasanya memg le x lalu sikit. Tapi, ok la sentiasa la ada susu badan. tak kering2.

5) Makan bijiran banyak. - Bila kena perah susu every 3 hours, memg kena makan walaupun sedikit untuk tambahkan supply susu for the next perahan. Kalu makan makanan seperti oat tu akan cepatla sedikit susu tu nak tambah. Masa tang menyusu penuh ni Yang best masa tang musim 'perah-memerah' ni, makan la macam mana pun, berat badan akan kekal tang tu gak. Syok betul...

6) Minum susu/air soya - Resipi ni apa yang Ummi Zafreen perasan, bukan lah sgt membantu susu jadi banyak. tapi, air susu kita akan jadi lebih pekat dan cantik je kalernya. Bau tak de la pula nak ciumnya. Tapi, silap haribulan susu badan pun rasa macam air soya.!!

0 comments:

Post a Comment